Travel Coin Box

Friday, September 11, 2015

"Bestie Forever" Segmen By Jejak Jutawan Senyap

Assalamualaikum w.b.t

Kali ni Liza nak join segmen dari Jejak Jutawan Senyap
Tajuk segmen yang menarik & tertarik iaitu "Bestie Forever"
Setiap org mesti ada bestie memasing kan. Kalo xde, rugila...
xkisah menang ke kalah yg penting segmen ni terbaik..

Setiap PERTEMUAN & PERPISAHAN bukan secara kebetulan dan bukan aturan kita tapi telah ditakdirkan oleh Yang Maha Pencipta... 

24/05/2010...
Merupakan tarikh penting sebuah ukhwah terjalin...tarikh memula Liza kenal bestie Liza ni...
Yeahh.....memperkenalkan bestie Liza iaitu Noormaizatul Nadia bt. Mohd Reza a.k.a Cik Nadia...

Kami banyak berkongsi suka duka bersama..
Nadia tulang belakang Liza semasa Liza down..

  
 


Liza bersyukur atas pertemuan dan kehadiran Nadia dalam family Liza...Anugerah terindah dari Illahi. Kalo JJS nak soh cerita pengalaman yang kitaorang xboleh lupa, hmm..memang xabis la entry ni kot..hehehe...

Nadia button 'GOOGLE' Liza kalo bab nak try kedai makan baru.
Bab ni mmg arif la. Lagipun abah pesan selagi ada selera makan, makan jea.

Nadia merangkap chef kesayangan abah kalo time Liza keje..
Gigih belajar masakan pantai timur almaklumlah Nadia anak mami.

Nadia pemandu pelancong Liza if kami nak travel ke mana2. 
Baru sebut nak travel dah mcm2 dia survey. Bab tu mmg dia laju.

First time dapat kejutan besday tetengah malam.
Nadia & Ayiq buat suprise besday kat TC..

Gambar 5 tahun lepas...hehehe...kezutan besday..

First time kami travel bersama with Ayiq ke Genting Highlands Theme Park...
Seronok jadi kanak2 ribena..Hilang segala duka lara.




Penguat semangat saat Liza diduga & diberikan ujian olehNya.
Abah Liza masuk ICU thn 2013 & masa yg sama arwah ma Liza masuk hospital.
Kami berkampung & tido di koridor wad selama hampir 2 minggu juga..

Pengalaman bersahur & berbuka puasa di HTAA tahun 2014.
Pengalaman yang tak semua orang dapat rasai semasa arwah ma Liza dimasukkan ke wad time puasa.

Alhamdulillah...sudah genap 5 tahun ukhwah terjalin.
Kami makan2 kat Super Kitchen & share sepotong kek kat TC.


                    

 Inilah serba sedikit coretan mengenai bestie Liza.


❤ Thank you for standing by my side when times get hard...
❤ Thank you for making me laugh when I didn't even want to smile...


Salam sayang...Semoga berjumpa di lain entry...

Sunday, September 6, 2015

UPSR oh UPSR 2015

Assalamualaikum w.b.t



 Buat rakan2 yang nak join, jgn segan2 untuk klik link ni UPSR OH UPSR 2015

 UPSR oh UPSR....Diam xdiam dah masuk bulan September pun...Tanggal 8.09.15 - 10.09.15 merupakan detik penting buat adik adik manis untuk berjuang.

Semoga diberikan ketenangan jiwa, semoga dipermudahkan menjawab soalan periksa. Jangan stress stress tau. Yakin dengan kebolehan diri sendiri...Selamat berjaya diucapkan...

5A dalam genggaman....Insya Allah...Semoga penat lelah selama ini beroleh hasilnya...

Buat Ayu, semoga dipermudahkan segala urusan menguruskan UPSR tahun ni..

Buat anak2 buah Liza yang turut sama menduduki UPSR tahun ni, Ain & Aiman, semoga UPSR menjadi pemangkin kehidupan anda berdua...Special entry utk mereka juga telah liza coretkan pada 2/9/15 hari tu. Jika nak singgah, boleh klik kat sini

Insya Allah, berkat usaha dan doa, semua calon UPSR akan berjaya...
Doa + Usaha + Tawakal + Istiqomah




 GooD LucK buat semua calon UPSR 2015...

Saturday, September 5, 2015

Throwback Cuti Sekolah # Badminton # Anak Buah

Assalamualaikum w.b.t...

Entry kali ni, nak throwback aktiviti masa cuti sekolah ritu...Maklumlah, baru kembali aktif dlm dunia blog...Time cuti sekolah, riuh rendahlah umah atok..Yang jadi mangsa Liza & Nadia la..Xtahu la kenapa depa xmau p jalan2 ngan mak ayah diaorang...Kami la mangsanye..Ada je plan nak dibuat..Aktiviti kali ni, main badminton...7 orang lam sebuah kete viva yang chomel...Huhu..belum tambah 4 orang anak buah lagi..

Menang selfie jea si kecik ni..


Peminat Chong Wei bangun pagi. Korbankan waktu tidur...


Mama ngah siapkan air botol...

Aktiviti main badminton ni, kitaorang dapat dari rakan sekerja Cik Aida n Cik Qienah..Selalu main kat Pusat Badminton Semambu, Jalan Haji Ahmad...Dibuka dari 8pagi - 1pagi..Kalo senang, booking awal2 la..Ni no nye 09-5136890..Datang boleh main terus..Sbb sini pun selalu penuh...

Harga sewa gelanggang berlainan mengikut waktu..Ada RM12, RM15 & RM24 kot..Waktu malam paling mahal la n slalu full..Kat sini juga boleh sewa raket bagi yg xde raket mcm kami la..Bulu tangkis pun boleh beli kat sini..Yang penting sediakan duit & diri untuk kekal akif bertenaga..


Pusat Badminton Kuantan


















Orang lain keluar peluh dia keluar air mata...Sdih xpndai main..


Untuk kali ni, sewa 2 gelanggang...Aiman bertarung ngan Haikal jea..Nak main ngan diaorang xdapat la sbb kena layan puteri chomel una n shira yang hebat sangat...Xpela, next time k...

Hmm..penat bermain diaorang sbuk bergambar..Biasalah budak2 tengah membesar..Saje abadikan memori ni...










Melepaskan geram kat yaya...


Kaki bergambor blake...





 Hmm...orang dah siap main tapi dia sbuk lagi dok jogging kat court..Budak kecik yang baru kenal dunia...








Coach kami yang dahaga..hahaha...


Semoga berjumpa lagi di lain entry..Tata....

Carotomax # Shaklee


Pengedar Sah Shaklee Kuantan
Assalamualaikum w.b.t...

Hye..Bertemu lagi..Kali ni Liza nak share tentang Carotomax Shaklee...Untuk entry kali ni, Liza xnak cite panjang2.. just nak share picture2.. xdela bosan sgt kan...So...Carotomax ni untuk sape yea?


Pengedar Sah Shaklee Kuantan

Ok...so...bagi insan2 yang mempunyai masalah penglihatan atau inginkan kesihatan menyeluruh kerana tak sempat mengamalkan diet seimbang..anda boleh dapatkan Carotomax ini...

Jom kita tengok plak...kandungan yang terdapat dalam sebiji carotomax. Kalo direnung2 sejenak..mungkin kita xsangka kan...tapi itulah kelebihan vitamin Shaklee...so...yakinlah dengan produk Shaklee dan kita amalkan memakannya..Insya Allah dengan izin-Nya....


Pengedar Sah Shaklee Kuantan

Tahukan anda setiap hidangan Carotomax mengandungi 102 hidangan pisang?? 714 biji buah aprikot?? Apa lagi yea??? Ok..jom tengok picture kat bawah ni...

Pengedar Sah Shaklee Kuantan

Terdapat 5 jenis karotenoid penting bagi perlindungan antioksidan yang kuat untuk kesihatan anda.
  • Alfa Karotena : 89 biji buah rasberi
  • Beta Karotena : 102 hidangan pisang
  • Likopena :714 biji buah aprikot
  • Lutein : 285 biji buah limau gedang
  • Zeaxanthin + Kuercetin, Ekstrak Biji Anggur & Brokoli : Ikan Salmon & Mikroalga laut


  • Pengedar Sah Shaklee Kuantan               

         
Apakah fungsi – fungsi karotenoid yang terdapat dalam Carotomax ini??

Pengedar Sah Shaklee Kuantan

Secara keseluruhannya...Carotomax mempunyai fungsi-fungsi seperti gambar dibawah yea..

Pengedar Sah Shaklee Kuantan

Disini Liza nak share juga sedikit peringatan untuk ibu2 yang mengandung... Ibu yang mengandung dilarang mengambil Carotomax kerana pengambilan vitamin A yang lebih terutama pada trimester pertama boleh mendatangkan kesan kecacatan termasuk jantung & saraf bayi dalam kandungan.


* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Pengedar Sah Shaklee Kuantan



Thursday, September 3, 2015

Salam Kemerdekaan Kuantan 2015

Assalamualaikum w.b.t

Tanggal 31 Ogos 1957...Merdeka...Merdeka...Merdeka...
Salam sehati sejiwa...

Entry kali ni lambat skit nak publish...xpela sbb mood merdeka tu ada lagi kot...
lagipun cuti merdeka ritu xsempat nak pegang lappy...

Setelah sekian lama xpergi tengok perarakan merdeka, so kali ni kita wat rajin skit...
Rasanya last masa sek men dulu... tu pun sbb masuk untuk Pasukan Kadet Bersatu Malaysia..
Tahun lepas plan nak pergi tapi company buat Family Day...Sedih juga sbb xdapat tgk abah berkawad tapi ada tugasan yang menanti kan...

Alhamdulillah....tahun ni abah Liza masih lagi bersemangat untuk join perarakan merdeka. Masih lagi diberikan kesihatan yang baik...Jiwa pejuang yang xpernah padam...

Malam sebelum merdeka, abah dah sibuk soh ironkan baju ngan seluar dia..
Songkok pakai songkok tahun lepas. Tapi abah ambil tempahan jahit songkok untuk kawan dia...
Katanya wife kawan dia tu g KL...yang kelakarnya, kawan abah asik call jea tanya dah siap jahit belum...macam la abah xboleh bawakan masa pagi hari merdeka tu...
dah la anak abah ni bukan ada bakat menjahit pun...

Sambil2 tunggu detik 12 malam, abah sibuk pasang pingat kat baju dia sambil sembang ngan nadia...Hmm...mesti abah terimbau kenangan masa dia kerja polis dulu...Abah liza jenis yang berdikari. Xsuka susahkan orang lain...Tapi sebagai anak, kita xbolehkan lupa part tu kan...

Merdeka
RF51917 Mustafa Bin Mamat



Merdeka



Merdeka



Merdeka




Merdeka

Abah liza mewakili Persatuan Bekas Polis Malaysia Daerah Kuantan... dah dekat 10 tahun abah liza pencen...Abah suka la join berkawad ni sbb dapat jumpa kawan2 lama....Sembang2...bukan senang dapat berkumpul ramai2 kan...

Pagi merdeka tu, kitaorang agak lewat kuar umah....biasalah malam tu tido lewat ngan anak2 buah...bila pagi mula la liat...siap ada orang mengigau ingatkan ajak gi kerja....Akibat stress sangat ngan kerja kot...kehkehkeh....

Sebab xde pengalaman, sangkut plak nak parking kete...hehehe...bila sampai kat tempat perarakan, call abah...abah cakap dia dah siap berkawad....no.3....mak aiii...awalnye...abah plak tengah sedap breakfast..bagus gak awal2..xdela panas sangat...

So, xsempat la snap gambar abah kawad..xpela, kita snap jea mana yang sempat.
lagipun orang ramai sangat pastu panas sgt, mood nak ambil gambar tu ke laut dah...

Call abah lagi sekali, cakap nak jumpa nak snap picture...tunggu punya tunggu xsampai2...tengah sedap2 tengok perarakan kete, boleh plak si haziq ni tanya soalan......'Hitam x lagi adik?'
Baru sekejap berjemur dah takut hitam...lawak2....
Untuk perarakan kereta, Liza xsnap gambar pun...mulut2 murai kat belakang banyak sgt..Huhu...

Jumpa adik liza, fariq ngan kawan2 dia....tapi dia pun xjumpa abah...Adoi...rupanya2 sama2 tunggu call...Budak2 sbuk nak balik dah sebab panas...so, kitaorang pun balik...

Bila dah berjumpa kat umah, rupenye memasing bis kdt..hehehe....sbb abah janji nak call balik sbb liza xde kdt...abah siap bawa air utk cucu2nya...dekat sejam gak abah tunggu...abah jumpa fariq jea...rezeki dia nak bergambar ngan abah...

Xpela, insya allah jika dipanjangkan umur n diberikan kesihatan yang baik, dapatlah abah berkawad lagi tahun depan...Diam xdiam abah dah masuk 67 tahun dah..tapi masih lagi sihat..bersemangat...Alhamdulillah..

Berita yang manis, Persatuan Bekas Polis Malaysia Daerah Kuantan dapat tempat kedua acara berkawad. Tapi xpasti la untuk kategori pe....Tahniah buat abah n kawan2 seperjuangan....
Semangat dalam jiwa sebagai seorang pejuang xpernah padam...

Merdeka 2015
Ada 2 tema baju. Abaikan yang pakai topi tu..hehehe


Merdeka 2015
Sporting kan abah...melayan ragam anak bujang bergambar




Merdeka 2015
Senyum lebar abah berjumpa sahabat lama...

Ni antara picture2 yang sempat snap...Kualiti gambar memang ke laut la sebab bersesak ngan orang ramai...Ngan bebudak lagi...Hehehe...


Merdeka


Merdeka


Merdeka


Merdeka 2015
 Pancaragam SMK (P) Methodist Ktn


Merdeka 2015
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)


Merdeka 2015
Kolej Kemahiran Tinggi MARA 


Merdeka 2015
Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS)


Merdeka 2015
Persatuan Pengakap



Merdeka 2015
Persatuan Pandu Puteri


Merdeka 2015
Persatuan Puteri Islam


Merdeka 2015
St. John


Merdeka 2015
PBSM


Merdeka 2015
PKBM (DARAT)


Merdeka 2015
PKBM (LAUT)


Merdeka 2015
PKBM (UDARA)


Merdeka 2015
POLIS


Merdeka 2015
Kadet Pertahanan Awam


Merdeka 2015
Kadet Koreksional


Merdeka 2015
Kadet Bomba Dan Penyelamat


Merdeka 2015



Merdeka 2015



Merdeka 2015
Majlis Belia Negeri Pahang


Merdeka 2015



Merdeka 2015



Merdeka 2015



Merdeka 2015



Merdeka 2015

Merdeka 2015



Merdeka 2015



Merdeka 2015


 
Kuantan, Merdeka 2015

Buat anak2 muda & generasi akan datang, kekalkan kemerdekaaan n kedaulatan bumi tercinta ini....
Salam Kemerdakaan Ke 58....
MERDEKA...

Jangan lupa Klik2