Travel Coin Box

Showing posts with label Makan_makan Senang_Hati. Show all posts
Showing posts with label Makan_makan Senang_Hati. Show all posts

Tuesday, October 13, 2015

Kisah Besday NADIA Yang Tak Jadi2....

Assalamualaikum w.b.t

Special entry untuk adik kesayangan saya...Entry ni untuk besday nadia...23/08..
Walaupun kami berlainan mak n ayah, kami tetap adik beradik...Anugerah terindah ILLAHI...
Smoga ikatan ukhwah ni sampai ke jannah...hehehe...nak kira camne tu??

❤❤HEPY BESDAY Sweety DiDa❤❤
Waktu berjalan tiada henti
Mengiringi bulan dan jua mentari
Yang terbit setiap hari
Mengiringi usiamu yang bertambah hari ke hari
Hingga saat ini
Selamat Hari Jadi..

Inilah kisah besday yang xjadi2...Hahaha...

Kisah 22/08 :
Sehari sebelum besday Nadia, kitaorang keluar jenjalan....Tengok filem Inside Out.
Kalo dapat tengok wayang kartun, senyum melebar la adik manis ni..








 












 
 
On d way balik, hujan lebat selebat2nya...Tapi sebab perut berdangdut,
kami singgah lagi kat BURGERAK...
Yeah....ada menu baru.....Mango Cheese Cake dari Lilawadi...
Tertunailah impian cik Nadia untuk makan mango cheese cake ini..
So, kira pre celebrate besday la ni...
Si comel Una & Haikal tersengih jea tengok menu ni...antara fav diaorang juga la...


Tergugat iman tengok Mango Cheese Cake ni
 







Yaya & Una tersengih menunggu order sampai


Si kecil haziq dah membebel 'Mana makanan adik? Nape lambat sgt masak?'


Malu kena snap gambar..Ko ingat ko kecik ke adik??


Makanan smpai terus suruh bukakan...Si kecik yg baru belajar makan...

Kalo bawa si kecik ni, xsunyi la kete...Ada jea modal dia nak membebel....

23/08 (Ahad)...
Liza n Nadia keluar nak g celebrate besday tapi xdiizinkanNya...Sampai kat restoran tu, hujan turun selebat2nya....Kitaorg dapat pondok yang agak cantik la...Tapi disebabkan hujan lebat, petir , kilat...hmm..siap blackout lagi 3x, kitaorg mkn ala kadar jeala...order kek pun kek xsmpai...kitaorg pun siap basah lencun...mlm tu kuantan banjir kilat tau...kita hanya mampu merancang kan...so...besday girl ckp nak smbut lain kali...sempat bagi besday card yg xseberapa jea...

05/09 (Sabtu)
Hmmm...liza plan nak celebrate besaday nadia yg liza hutang tu..Nadia plak plan nak derma darah tapi kitaorang kuar lambat...huhu...kesian...ada la hikmah disebaliknya tu kan...so,kitaorg jenjalan jeala ptg tu...bawa nadia g Panaderia...tapi xbyk choice..yg nampak menarik tertarik nutella cheese cake jea..yang nak try sni boleh try kek ni...sdap sgt..so..xjadi celebrate la..hahaha...mcm xde jea kek besday nadia tahun ni..kalo nak baca entry Panaderia nadia...leh klik kat sini

Panaderia Kuantan
Nutella Cheese Cake..

13/09 (Ahad)

Planning nak pergi jenjalan Banting cuti 2 hari tapi en.abah xbagi sbb jerebu teruk. En.abah soh simpan jea duit tu utk jenjalan lain kali..so melepak di rumah jeala..Ahad petang tu planning nak celebrate besday nadia yang xjadi2..Hehe..So, ahad petang tu kitaorang keluar la jenjalan...Singgah SR beli kek sepotong dua pastu terus ke Pizza Hut..Tengah duk tunggu2 makanan sampai, dapat call dari mak nadia..Arwah tok nadia dah nazak..
Kami pun bergegas balik rumah..Cakap2 ngan en.abah..Nak cari tiket malam tu jugak belum tentu ada..So, Liza amik keputusan drive jea ke Penang..So, malam tu kami bertolak lam kul 9mlm.
Pengalaman pertama drive malam jejauh camni..en.abah yang sangat memahami..thanks abah..
Kami sampai hospital lam 4pagi++ tapi guard xbagi masuk..so, terpaksalah pulang..Syukur, sebab dapat juga berjumpa ngan arwah tok nadia. Permintaan dia nak jumpa kami berdua...
Tapi Allah lebih menyayanginya..Selasa petang tu, arwah tok telah kembali ke rahmatullah...
DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali..Ajal maut ditangan Allah swt....
Al fatihah buat arwah tok..Semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

So,inilah kisah besday nadia yang xjadi2...
Akak rasa kita celebrate sama2 jeala bulan 12 nanti k.
Ayat penyedap hati...
Sesungguhnya Kita Hanya Mampu Merancang..
Allah Yang Menentukannya..
*maaf sebab lambat post entry ni..banyak kekangan selepas balik dari Penang aritu..


SELAMAT HARI LAHIR !!!
❤~ Ya Allah..Abadikan kasih sayangnya,tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup,lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada-Mu,hidupkanlah dengan ma’rifat-Mu,dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.Aamin...

Monday, August 17, 2015

Apakah Corak Pemakanan Anda???

Image result for pemakanan   Assalamualaikum w.b.t

Kali ni just nak share sedikit info TBT dari tempat Liza keje...TBT kali ni berbunyi Corak Pemakanan Yang Seimbang...Hehehe...ni bukan Liza ciplak tapi hasil kerja Liza utk bulan ni..Ayat agak skema la..hihi...xleh nak huhahuha...So, Liza share la kat blog chomel ni...Sedikit perkongsian untuk kebaikan bersama....

Intro :
Corak pemakanan yang seimbang dapat menjamin kesihatan dan membantu menghindari sebarang penyakit. Pemakanan yang sihat penting untuk membekalkan tenaga dan nutrisi untuk melakukan aktiviti fizikal harian, menyokong pertumbuhan dan perkembangan tubuh yang normal, mengekalkan tahap kesihatan yang baik dan sentiasa sihat dan cergas.

Corak pengambilan makanan berkhasiat perlu dilakukan mengikut kuantiti tertentu berdasarkan empat peringkat Piramid Makanan.
                
Panduan Pemakanan Berkhasiat 
Ø  Banyakkan makan makanan yang berbuah.
Semua jenis buah mempunyai khasiat yang tersendiri. Diantaranya ialah buah epal, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. 

Ø  Banyakkan juga memakan kekacang.
Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin terutamanya vitamin B. Kacang soya sangat kaya dengan protein tumbuhan. Boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.

Ø  Banyakkan minum air.
Air penting untuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari.

Ø  Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.
Lemak itu penting tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian. Jadi, kita harus mengelakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:
               i.      Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
              ii.      Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
            iii.      Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
            iv.      Memilih daging tanpa lemak atau buangkan kulit jika boleh seperti kulit ayam.
              v.      Hadkan penggunaan lemak seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis.
   vi. Mengamalkan kaedah masakan alternative seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus daripada menggoreng.

Ø  Kurangkan gula.
Kurangkan penggunaan gula dalam masakan dan pilih makanan yang rendah kandungan gula. Walaupun gula tidak mempunyai nutrient tapi penting dalam membekalkan tenaga. Setiap individu memerlukan 50 mg gula sehari tetapi pengambilan berlebihan boleh menyebabkan kegemukan.

Ø  Kurangkan garam
Dalam sehari, manusia hanya memerlukan 500 mg garam sedangkan satu sudu the bersamaan 2,100 mg garam. Jadi, untuk mengelak penggunaan berlebihan, pelbagai produk lain boleh digunakan sebagai sumber alternatif seperti MSG, kicap soya dan sos. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok. Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

Image result for pemakanan


Semoga berjumpa lain di lain entry..thanks sudi luangkan masa untuk kebaikan bersama....
           Image result for pemakanan   Image result for pemakanan


Jom Amalkan Diet Rasulullah SWT

Assalamualaikum w.b.t

Image result for pemakanan

Kali ni Liza just nak share diet Rasulullah SWT....Nampak simple jea....Kadang2 yang simple tu yg kita payah nak follow kan...Oleh itu, marilah sama2 kita amalkan...Sebelum macam2 penyakit menyerang kita. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati.



 Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH: KOKTEL

Sedikit Info : 
*Jangan Sesekali Tinggal Makan Malam. Sesiapa yang tinggal makan malam akan menyebabkan kolestrol makin bertambah & dimamah usia..

*Jangan makan buah SELEPAS makan nasi tetapi makan buah dahulu SEBELUM makan nasi.

                          Diet 2

Semoga berjumpa lagi di lain entry...

Wednesday, August 12, 2015

Burgerak @ Kuantan

Image result for burgerak kuantan
Pemandangan Depan Burgerak Kuantan
                                                   
 Assalamualaikum...
Image result for menu burgerak kuantan
Kali ni nak cite pasal burgerak...malam tadi Liza n Nadia try makan kat BURGERAK....so, kalo nak datang sini kena la bergerak ke sini..hahaha...pening betul...first time datang kat kedai baru ni...tapi tak baru mana la...cuma Liza n Nadia belum berkesempatan ke sini. Slalu kitaorang makan kat burgerak area air putih...belakang sekolah menengah air putih....so kali ni tukar angin la...

Pujian buat abang yang amik order..hihi..bab kitaorang berlakon konon2 first time try burgerak....so, mcm2 la abg ni explain...start dari air smpai la ke dessert...5 bintang la untuk abang ni...

So, kali ni kitaorang try mushroom soup...percubaan kali ke empat baru dapat try...sebenarnya dah banyak kali nak try..tapi belum ada rezeki kot..bab bila datang jea, mushroom soup dah abis...

Menu kali ni :
Mushroom soup + horlyau+egg dindong + black coffee + ice lemon tea = kenyang perut kami...harga berbaloi dengan apa yang kami makan...

Rasanya, kat kedai ni lagi banyak menu berbanding kedai kat air putih tu...boleh try air ugerak...igerak..pisang cheese...burrito..burgers...soup..hotdog...dessert....mcm2 ada




Horlyau
Image result for burgerak kuantan
Pisang Cheese Yang Meletop!!!

Mushroom Soup
Image result for burgerak kuantan
Egg Dindong

Image result for menu burgerak kuantan


Deco kedai pun cantik...so, kalo sape2 nak santai2, bolehla try datang sini...harga makanan berbaloi la ngan kualiti makanan...

Suasana Dalam Burgerak
   Image result for menu burgerak kuantan


Kepada warga kuantan & kemaman, bolehlah rajinkan diri ke sini. Memang xrugi la....Kualiti burger pun sama macam kualiti burger fast food dot dot dot....rasanya sedap sini lagi kot...
Egg dindong aka benjo yang paling simple tu pun best...

Sedikit info mengenai burgerak...

http://www.facebook.com/burgerakstreetburgerkuantan
Lokasi kedai : B-1927, Jalan Beserah, Kuantan.
H/P : 016-2192442...kalau nak tapau baik call awal2...

oklah..smoga berjumpa lagi di lain entry...Salam sayang.....

Jangan lupa Klik2