Travel Coin Box

Friday, April 29, 2016

Rancang Matlamat Kewangan Anda Sebelum Terlambat...


Assalamualaikum w.b.t

Berjumpa lagi..Pejam celik pejam celik dah nak dekat setengah tahun berlalu untuk 2016.. 
Dah nak masuk bulan Mei pun..Selamat Hari Pekerja bagi semua yang bergelar pekerja..
Selamat bercuti dan habiskan cuti dengan aktiviti yang bermanfaat bersama keluarga tercinta..

Bagi yang dah masuk gaji seronok la kan..tapi yang belum gaji..pandai2 lah rancang perbelanjaan. Time dapat gaji memang la seronok tapi bila ditolak sana tolak sini..tinggal berapa jea kan...Kalau ada lebihan, okla..Tapi kalo defisit..kena nilai balik corak perbelanjaan kita. Dengan kos hidup yang semakin meningkat tapi gaji xnaik2 juga...

Kali ni entry nak share pasal kewangan skit..Nampak macam berat skit entry ni..Sambil2 Liza baca, Liza share la dengan semua. Tak salah berkongsi ilmu kan..Saje share sebab Liza pun dalam misi memperkukuhkan semula aliran kewangan Liza.Hihihi...

Aliran Tunai


So, berbelanjalah secara berhemah...Kalo boleh, jangan ada kad kredit..Katakan TIDAK kepada KAD KREDIT...Kat bawah kepentingan menguruskan kewangan dan kenapa ramai gagal menabung.. Kalau xmampu menabung banyak2, kita boleh start menabung duit syiling dulu..Hasil dari duit menabung tu kita akan rasa lebih bermakna..Liza pernah menabung syiling dalam tabung 'post box'. Percaya x, bila dikira2 dan ditukar syiling tu, dekat RM400 jugak dapat.. Hasil daripada penukaran syiling tu Liza guna pergi jenjalan kat Genting Highland..First time g Genting pastu pakai plak duit hasil susah payah menabung..Memang seronok la..So, marilah kita amalkan tabiat menabung..Xrugi pun..kalo xmampu menabung duit kertas, duit syiling pun boleh. Liza skang tengah buat satu misi menabung duit 5sen. Zaman sekarang memang orang xpandang dah pun kan..Xpelah, nanti kita try tukar kat mesin deposit syiling pastu buat satu entry k...



Hmm.. kat bawah ni cara untuk mengatasi aliran tunai negatif. Bab membandingkan harga sebelum membeli boleh dipraktikkan. Tapi kalo Liza beli barangan keperluan, Liza suka beli kat tempat yang buat sale. Adik Liza cakap Liza tiru tabiat orang Cina. Time murah beli banyak2. Kalau dah jadi ketua beli barang keperluan rumah, memang kena la buat dik oii..Bayangkan sabun cecair cuci baju  tu harga biasa RM23 tapi time diskaun RM18. Banyak beza kan..So, Liza sambar la dua tiga botol..So, next month xyah beli dah..Kalo barang2 lain memang macam tu juga..Sebab HARGA BARANG MAKIN MAHAL. Belum campur GST lagi..Seriau tau...Sokong tak??

Kewangan

Satu lagi amalan yang boleh dipraktikkan ialah kategorikan jenis perbelanjaan kita samaada perbelanjaan tetap, perbelanjaan berubah atau perbelanjaan budi bicara. Kat bawah ni jadual perbelanjaan tersebut supaya lebih jelas.


 
Bijak Belanja

So, untuk bulan Mei ni, Liza akan start buat perancangan kewangan. Bukan xpernah buat tapi selalunya xpernah detail..Bila hujung2 bulan, mula la kepanasan sebab nak tunggu gaji baru masuk plak..Hahaha..rasanya ramai yang camtu kot. Defisit la namanya tu kan..Aiyoooo...So, kat bawah ni bukti yang Liza akan rancang balik kewangan Liza.Hehehe..rajin kan buat sendiri..


Perancangan Kewangan

Hopefully, Liza berjaya dengan misi Liza ni..Kalo korang nak join pun, boleh juga..Yang penting kena disiplin...Dari sini baru kita nampak corak kewangan kita samaada ada lebihan atau defisit dan ke mana duit kita mengalir keluar..Jangan cakap orang curi duit kita tau padahal kita berbelanja diluar kemampuan. Akhir kata berbelanjalah secara berhemah dan berjimat cermat. Sediakan tabungan yang secukupnya kerana kos hidup kita akan semakin meningkat. Berjimatlah selagi anda mampu..

Semoga berjumpa lagi di lain entry..Nantikan entry kesudahan hasil tabungan 5sen Liza tu..Budak zaman sekarang pun dah xpandang kan..

Salam sayang..
>azfaeiza<

Saturday, April 16, 2016

Pinocchio vs Kejujuran

Assalamualaikum w.b.t



Bertemu kembali...Lama rasanya xmengaktifkan diri dalam dunia blog ni..Nak kata bzy..xdela bzy mana..Mood ke laut agaknya.. Hihihi..Cuba teka agak2 gambar kat atas tu gambar apa. Kalo tengok tang hidung tu, mesti ada yang dapat teka kan..Ala-ala kartun pinocchio kan..Apakah kebaikan yang boleh kita lihat disebalik cerita ini...Herm...Renung2 kan lah...

Bukan mudah untuk kita bersikap jujur kan..Sokong tak??Sokong tak??
Kerna ada ketikanya kejujuran tu bak sembilu yang bakal menghiris hati dan perasaan kita..

Namun adakah penipuan yang berterusan akan tersembunyi kemas dalam genggaman kita???
    Benarkah penipuan yang kita lakukan akan tersimpan kemas dan rapi??
 Adakah penipuan tersebut tidak akan terbongkar??
Pernahkah kita terfikir jika penipuan tersebut dapat dihidu oleh insan tersebut? 
Apakah penerimaan dia? 
Dan yang paling penting dan berharga ialah hilanglah nilai sebuah KEPERCAYAAN...

Wahhh...macam berat jea bunyinya entry ni..Sekadar berkongsi pandangan jea...



Semoga bertemu lagi di lain entry..Selamat bercuti hujung minggu..Habiskan masa yang ada dengan insan tersayang ok...





Jangan lupa Klik2